Friday, November 14, 2008

Halal (Bahagian 2)

Beberapa minggu yang lepas, saya melewati sebuah gerai makan di sekitar Pandan Jaya, Selangor. Pemiliknya seorang beragama hindu. Terang dan jelas, di kedainya digantungkan dengan gambar patung hindu. Tanda taatnya pemilik gerai tersebut terhadap kepercayaan apa yang dianutinya.

Bukan perkara itu yang hendak saya perbincangkan di sini, tetapi terdapat perkara lain yang berkait rapat dengan persoalan halalan tayyiba sebagaimana entri saya di dalam "Halal (Bahagian 1)". Apa yang menyedihkan saya, terdapat orang Islam yang duduk menjamu selera di gerai tersebut, sedangkan tidak jauh dari gerai tersebut terdapat gerai orang Islam yang berniaga dengan jenis perniagaan yang sama. Terlintas di fikiran saya, butakah mata mereka dengan apa yang saya lihat? AlhamdulilLah, mata mereka tidak buta, tetapi mungkinkah hati mereka telah buta terhadap persoalan halal dan haram ini. Janji perut kenyang dan makan sedap. Yang lain, ditolak ke tepi. Itulah senario masyarakat Islam hari ini. Tidak hairanlah berapa ramai masyarakat Islam di luar sana yang rosak akhlaknya berpunca dari ketidakkisahan tentang punca-punca pemakanan yang masuk ke dalam tubuh. Samada makanan untuk mengelakkan lapar, mahupun makanan kesihatan yang melibatkan ubat-ubatan, ataupun barangan kosmetik dan barangan kegunaan harian yang lain. Kebanyakannya di luar sana, diragui status halalnya.

Pernakah anda dengar tentang HPA Industries Sdn. Bhd.? Saya percaya, mungkin ramai yang tahu, tetapi masih terlalu ramai yang belum tahu. Jika saya sebutkan tahukah anda dengan Kopi Radix (mai secawan)? Pasti ramai yang tersenyum tahu, kerana iklannya di dalam media elektronik maupun media cetak. Ya, HPA adalah pengeluar kepada Kopi Radix (mai secawan) yang rata-rata orang tahu akan khasiatnya. Bukan sekadar kopi biasa sebagaimana kopi-kopi lain yang terdapat di pasaran. Kopi Radix adalah salah satu daripada produk yang dikeluarkan oleh HPA. Malah HPA memiliki lebih daripada 170 produk kesihatan, dan InsyaAllah angka ini akan bertambah. Apa yang paling penting, HPA adalah pengeluar yang menekankan aspek halalan tayyiba. Pemiliknya adalah 100% Bumiputera Islam. "Tak kenal maka tak cinta", satu istilah yang cukup popular. Bagi yang ingin mengenali HPA dengan lebih lanjut, bolehlah layari laman web HPA di http://www.hpa.com.my/ atau email saya di zinnirahwafa@gmail.com

Saya akan berusaha membantu mana yang saya mampu. Bukankah umat Islam itu bersaudara? Bacalah buku-buku yang terdapat di pasaran tentang kupasan barangan halal dan haram ini agar hati kita cenderung untuk menitik beratkan ianya di dalam kehidupan seharian. Semoga amalan kita diterima oleh Allah...Aminn...

"Bermusafir & Berjuanglah"

5 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah,

Semoga Allah memberkati perjuangan hamba-hambaNya yang Ikhlas, Insya-Allah.

Mencari yang Halal adalah satu permulaan yang amat baik untuk sesiapa sahaja termasuk diri saya yang berniat mendekati diri kita kepada Allah.

Ada riwayat menyatakan Imam Syafie sendiri menitik beratkan pemakanan halal untuk menghadirkan hati kita kepada Allah.

Benar rezeki halal seperti makanan dan lain dan lain itu umum tetapi kesannya subjektif (tak jelas) begitu juga hati namanya umum tetapi kesannya subjektif.

Sebagai seorang yang beragama Islam yang mencari keyakinan, ketakutan dan harapan sebenarnya-benarnya kepada Allah yang esa. kita kena yakin, percaya dan patuh kepada setiap firman Allah di dalam Al-Quran.

Jadi percaya bahawa yang dinilai Allah adalah hati setiap hambanya bukannya perlakuan fizikal zahir sehinggakan golongan atsar meriwayatkan bahawa semasa khalifah Umar r.a, baik budi pekerti dan akhlaknya seseorang Islam itu tidak hanya dinilai dengan hanya menghadirkan diri ke Masjid semata-mata.

Dan ingatlah tergelincirnya orang berilmu adalah disebabkan ahklak tercela. Akhlak tercela adalah satu sifat yang juga subjektif dan penyakit kepada hati dan mungkin disebabkan oleh pemakanan (Allah Hu Alam) jadi berhati-hatilah dengan Akhlak tercela dan Imam Ghazali meriwayatkan bahawa antaranya:-
1. sifat ujub, sombong dengan ilmu di dada dan menggapkan orang lain tidak setaraf;
2. sifat mencela, iaitu mencela rakan seperjuangan di atas ketidak sependapat berkenaan isu-isu agama yang tidak jelas syariatnya iaitu tiada dinyatakan hukumnya di dalam Al-Quran atau Sunnah;
3. Mengumpat iaitu menghebohkan kepada orang ramai akan keburukan dan kelemahan rakan seperjuangan semata-mata untuk menaikkan dirinya sendiri.

Banyak lagi daripada pecahan dan huraian di atas tetapi ringkasannya adalah disebabkan fitnah dunia dan fitnah hawa nafsu yang mana hati kita pada zaman sekarang ini agak lemah untuk menangkisnya.

Makanan juga mempengaruhi ketika kita solat, teorinya untuk khusyuk memang senang sebagaimana yang dimaklumkan di dalam blog tetapi berapa ramai antara kita termasuk saya sendiri yang masih gagal untuk mengekalkan khusyuk kita dalam solat sehingga akhir solat. maksudnya menjaga hati dan akal kita daripada melanggar janji kita yang ketika solat kita telah mengadap wajah kita (hati) kita kepada Allah tetapi lintasan-lintasan keduniaan seperti masalah kerja pejabat atau kerja rumah atau sebagainya sehinggakan terlupa rakaat berapa.

Terfikir kah kita mengapa hati yang yang sepatutnya menjadi raja di dalam jasad fizikal kita, tidak mampu dan gagal mengarahkan akal kita untuk turut hadir di dalam solat dengan penuh khusuk dan menolak sebarang lintasan yang melalaikan kita ketika solat. Hanya pegerakan fizikal sahaja yang mencerminkan kita sedang solat tetapi solat pada ertikata sedang berinteraksi dan berdoa kepada Allah secara batin tidak kesampaian dan mengakibatkan Akhlak tercela meghasilkan perlakuan tercela seperti mencuri, merompak mebuang anak dan sebagainya.

Allah hu Alam.

Yang Mencari...

Anonymous said...

Alhamdulillah,

Semoga Allah memberkati perjuangan hamba-hambaNya yang Ikhlas, Insya-Allah.

Mencari yang Halal adalah satu permulaan yang amat baik untuk sesiapa sahaja termasuk diri saya yang berniat mendekati diri kita kepada Allah.

Ada riwayat menyatakan Imam Syafie sendiri menitik beratkan pemakanan halal untuk menghadirkan hati kita kepada Allah.

Benar rezeki halal seperti makanan dan lain dan lain itu umum tetapi kesannya subjektif (tak jelas) begitu juga hati namanya umum tetapi kesannya subjektif.

Sebagai seorang yang beragama Islam yang mencari keyakinan, ketakutan dan harapan sebenarnya-benarnya kepada Allah yang esa. kita kena yakin, percaya dan patuh kepada setiap firman Allah di dalam Al-Quran.

Jadi percaya bahawa yang nilai oleh Allah adalah hati setiap hambanya bukannya perlakuan fizikal zahir sehinggakan golongan atsar meriwayatkan bahawa semasa khalifah Umar r.a, baik budi pekerti dan akhlaknya seseorang Islam itu tidak hanya dinilai dengan hanya menghadirkan diri ke Masjid semata-mata.

Dan ingatlah tergelincirnya orang berilmu adalah disebabkan ahklak tercela. Akhlak tercela adalah satu sifat yang juga subjektif dan penyakit kepada hati dan mungkin disebabkan oleh pemakanan (Allahu alam) jadi berhati-hatilah dengan Akhlak tercela dan Imam Ghazali meriwayatkan bahawa antaranya:-
1. sifat ujub, sombong kepada diri sendiri dengan ilmu di dada dan menggapkan orang lain tidak setaraf;
2. sifat mencela, iaitu mencela rakan seperjuangan di atas ketidak sependapat berkenaan isu-isu agama yang tidak jelas syariatnya iaitu tiada dinyatakan hukumnya di dalam Al-Quran atau Sunnah;
3. Mengumpat iaitu menghebohkan kepada orang ramai akan keburukan dan kelemahan rakan seperjuangan semata-mata untuk menaikkan dirinya sendiri.

Banyak lagi daripada pecahan dan huraian di atas tetapi ringkasannya adalah disebabkan fitnah dunia dan fitnah hawa nafsu yang mana hati kita pada zaman sekarang ini agak lemah untuk menangkisnya.

Makanan juga mempengaruhi ketika kita solat, teorinya untuk khusyuk memang senang sebagaimana yang dimaklumkan di dalam blog tetapi berapa ramai antara kita termasuk saya sendiri yang masih gagal untuk mengekalkan khusyuk kita dalam solat sehingga akhir solat. maksudnya menjaga hati dan akal kita daripada melanggar janji kita yang ketika solat kita telah mengadap wajah kita (hati) kita kepada Allah tetapi lintasan-lintasan keduniaan seperti masalah kerja pejabat atau kerja rumah atau sebagainya sehinggakan terlupa rakaat berapa.

Terfikir kah kita mengapa hati yang yang sepatutnya menjadi raja di dalam jasad fizikal kita, tidak mampu dan gagal mengarahkan akal kita untuk turut hadir di dalam solat dengan penuh khusuk dan menolak sebarang lintasan yang melalaikan kita ketika solat. Hanya pegerakan fizikal sahaja yang mencerminkan kita sedang solat tetapi solat pada ertikata sedang berinteraksi dan berdoa kepada Allah secara batin tidak kesampaian dan mengakibatkan Akhlak tercela meghasilkan perlakuan tercela seperti mencuri, merompak mebuang anak dan sebagainya.

Allah hu Alam.

Yang Mencari...

Anonymous said...

"Di dalam diri manusia terdapat seketul darah. Apabila ia baik, maka baiklah keseluruhan tubuh itu, dan apabila ia rosak maka rosaklah keseluruhan tubuh. Itulah hati."

Di dalam kehidupan seharian, sesuatu itu saling berkait antara satu sama lain. Antara kaitan hati adalah sumber pemakanan.

Semoga Allah memelihara hati-hati kita dari kegelapan dan mati daripada menerima kebenaran yang natijahnya membuahkan sifat-sifat mazmumah yang membawa kepada nerakaNya...Nauzubillah.

Anonymous said...

Terima kasih kerana mempekenalkan kopi radix....

Nurhidayah Jaafar said...

mengantuklah...
mai secawan...