Bukan perkara itu yang hendak saya perbincangkan di sini, tetapi terdapat perkara lain yang berkait rapat dengan persoalan halalan tayyiba sebagaimana entri saya di dalam "Halal (Bahagian 1)". Apa yang menyedihkan saya, terdapat orang Islam yang duduk menjamu selera di gerai tersebut, sedangkan tidak jauh dari gerai tersebut terdapat gerai orang Islam yang berniaga dengan jenis perniagaan yang sama. Terlintas di fikiran saya, butakah mata mereka dengan apa yang saya lihat? AlhamdulilLah, mata mereka tidak buta, tetapi mungkinkah hati mereka telah buta terhadap persoalan halal dan haram ini. Janji perut kenyang dan makan sedap. Yang lain, ditolak ke tepi. Itulah senario masyarakat Islam hari ini. Tidak hairanlah berapa ramai masyarakat Islam di luar sana yang rosak akhlaknya berpunca dari ketidakkisahan tentang punca-punca pemakanan yang masuk ke dalam tubuh. Samada makanan untuk mengelakkan lapar, mahupun makanan kesihatan yang melibatkan ubat-ubatan, ataupun barangan kosmetik dan barangan kegunaan harian yang lain. Kebanyakannya di luar sana, diragui status halalnya.
Pernakah anda dengar tentang HPA Industries Sdn. Bhd.? Saya percaya, mungkin ramai yang tahu, tetapi masih terlalu ramai yang belum tahu. Jika saya sebutkan tahukah anda dengan Kopi Radix (mai secawan)? Pasti ramai yang tersenyum tahu, kerana iklannya di dalam media elektronik maupun media cetak. Ya, HPA adalah pengeluar kepada Kopi Radix (mai secawan) yang rata-rata orang tahu akan khasiatnya. Bukan sekadar kopi biasa sebagaimana kopi-kopi lain yang terdapat di pasaran. Kopi Radix adalah salah satu daripada produk yang dikeluarkan oleh HPA. Malah HPA memiliki lebih daripada 170 produk kesihatan, dan InsyaAllah angka ini akan bertambah. Apa yang paling penting, HPA adalah pengeluar yang menekankan aspek halalan tayyiba. Pemiliknya adalah 100% Bumiputera Islam. "Tak kenal maka tak cinta", satu istilah yang cukup popular. Bagi yang ingin mengenali HPA dengan lebih lanjut, bolehlah layari laman web HPA di http://www.hpa.com.my/ atau email saya di zinnirahwafa@gmail.com
Saya akan berusaha membantu mana yang saya mampu. Bukankah umat Islam itu bersaudara? Bacalah buku-buku yang terdapat di pasaran tentang kupasan barangan halal dan haram ini agar hati kita cenderung untuk menitik beratkan ianya di dalam kehidupan seharian. Semoga amalan kita diterima oleh Allah...Aminn...
"Bermusafir & Berjuanglah"
