Tuesday, October 14, 2008

Salam Syawal

AlhamdulilLah, hari ini saya berkesempatan kembali menulis di dalam blog ini setelah hampir separuh bulan kita menyambut Syawal. Bermula satu Syawal sehinggalah ke hari ini aktiviti saya begitu padat. Maklumlah, saya sahaja yang belum berkeluarga. Melayan ummi beraya di rumah saudara mara di Negeri Sembilan, Johor dan Selangor. Saya berasa sangat letih, namun saya gembira kerana telah memberikan sedikit kegembiraan kepada ummi. Hanya itulah sahaja yang mampu saya lakukan setelah pemergian arwah ayah dan nenek tersayang.

AlhamdulilLah, saya berkesempatan untuk menunaikan solat sunat Eidulfitri pada pagi 1 Syawal yang lalu. Setelah itu, saya membawa ummi dan adik bongsu saya berserta suaminya menziarahi pusara arwah ayah. Kemudian kami terus ke rumah saudara mara arwah ayah di Kuala Pilah. 2 Syawal, kami bertolak ke Johor. Menziarahi pusara arwah nenek, atuk, onyang dan ibu saudara di sana. Dua hari kami menziarahi kubur. Terasa begitu hampir diri ini dengan kematian. Apakah nasibku di sana nanti? Semoga roh mereka dan saya juga ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan di dalam keredhaanNya jua.


"Bermusafir & Berjuanglah"

3 comments:

Unknown said...

Frh...
" Sekali kita bernafas bererti selangkah perjalanan kita menuju kematian "

Kata-kata Imam Ali
Nahjul Balaghah

Unknown said...

Salam Farah

Alhamdullilah kerana telah kembali. Moga dapat di manfaatkan ilmu yang dicurahkan di blog farah

Tahniah.....

Anonymous said...

Syukran Sajjad. Do'akan agar saya sentiasa istiqomah dalam perjuangan ini.