Saturday, October 18, 2008

Nilai Sebuah Persahabatan!


Hari ini saya berada di tanah tinggi berhampiran dengan puncak Genting Highlands. Kebetulan ada sedikit urusan di sini. Sejuk, itulah lumrah apabila berada di tanah tinggi. Mujur saya bawa Kopi Radix (mai secawan) sebagai bekalan ;-), itupun abang ipar saya yang ingatkan. Maklumlah, dalam kekalutan membuat persiapan ke destinasi bermusafir, kadangkala kita tak mampu nak ingat semua. Kalaupun mula-mula ingat, tetapi dalam tak sedar terlupa pula. Em, itulah lumrah sifat manusia, insan yang sememangnya pelupa. Kerana itulah Allah S.W.T. mewahyukan kepada RasululLah s.a.w. satu surah yang mengingatkan manusia akan perkara ini:-


"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati kepada kebenaran serta saling menasihati kepada kesabaran." (Al-Asr : 103)


Kerana sifat pelupa manusia itulah, maka kita dituntut supaya berada di dalam Jamaah. Memiliki teman rapat yang sentiasa memandu diri kita, menasihati dan memberikan kekuatan kepada kita di dalam melayari bahtera kehidupan yang sememangnya penuh dengan mehnah dan tribulasi. Pernah saya ditegur oleh seorang teman tentang kesungguhan saya dalam bersahabat. Dia menyatakan kepada saya bahawa sahabat itu tidak akan dibawa masuk ke kubur. Saya terdiam mendengar kata-katanya. Merenung dan berfikir. Benar, sahabat tidak dapat dibawa ke kubur. Hatta orang-orang yang kita sayang (ibu, ayah, adik-beradik, suami, isteri dan sebagainya) juga tidak boleh dibawa ke kubur. Yang dibawa ke kubur hanyalah amalan. Jika begitulah apa yang dimaksudkan oleh teman saya itu, maka manusia itu tidak perlu berukhuwwah dengan ayah, ibu, adik-beradik dan juga tidak perlu berkahwin dan memiliki suami ataupun isteri.

Namun hakikatnya, memiliki sahabat itu bisa mendekatkan kita kepada Allah S.W.T. yang secara tidak langsung sebagai amalan kita di dalam kubur dan teman kita di akhirat kelak. Sebab itulah RasululLah berpesan kepada kita agar kita bijak memilih sahabat. Cara mudah, jika kita hendak kenal seseorang itu, maka lihatlah dengan siapa dia berkawan, secara tidak langsung kita dapat mengenali diri dan peribadinya.

Kita ambil contoh seorang anak kecil, yang telah bersama dengan keluarganya. Pasti kita lihat, dalam tempoh pembesarannya, akan kita temui sifat-sifat atau gayanya seperti orang tuanya lantaran itulah kehidupan yang dilaluinya seharian. Ini samalah juga dengan prinsip bersahabat. Dalam erti kata yang mudah, "Salah pilih kawan, bererti kita salah pilih masa depan." Samada masa depan di dunia mahupun masa depan di akhirat kelak, kedua-duanya saling berkait rapat.

"Bermusafir & Berjuanglah"

12 comments:

Anonymous said...

"Kehilangan sahabat atau teman laksana dagang di negeri sendiri"

Anonymous said...

" Seorang sahabat tidak dianggap sahabat sehingga ia menjaga saudaranya dalam tiga perkara, pertama ketika susahnya, kedua ketika ketiadaanya dan ketiga ketika kematianya "

Anonymous said...

Dengan sahabat di sisi, perjuangan senang dilalui serta bertambah cekal & tabah.

Anonymous said...

walau tidak dianggap sahabat tetapi tetap juga berbangga sebagai kenalan zainnirah wafaa'

Anonymous said...

Siapa ye kenalan saya di atas? Minta email kepada saya pada ruangan email.

Nurhidayah Jaafar said...

saya adikmu..jua sahabatmu.
makin berseri blog dia ye...

salah pilih sahabat, salah pilih masa depan=salah pilih suami, salah,pilih masa depan.

maka jawabnya...pilihlah jemaah, kerana jemaah membawa kita membuat pilihan sahabat dan pilihan pasangan yang terbaik segalanya buat islam.

bestla kalau akk dpt ulas bab baitul dakwah..

Anonymous said...

InsyaAllah adik ustazah-engineer, jika berkesempatan, kita ulas bersama ye. Semoga usaha kita dalam keredhaanNya jua.

Anonymous said...

Cik Adk berdua, jika memilih sangat2 pun, ditakuti kurang cerah masa depan nanti.

Anonymous said...

Bukan atas agenda peribadi, tetapi memilih kerana Allah. Apabila segalanya disandarkan kerana Allah, Ia akan berikan yg terbaik buat kita InsyaAllah. Selangkah kita rapat padaNya, seribu langkahNya buat kita.

Anonymous said...

Petang tadi menjadi saksi bertapa kemuraharan anugerah ILahi menjelmakan doa dan impian yang akhirnya menjadi kenyataan. Dipertemukannya dengan "kenalan" Betapa dilihat Indah sekali ciptaanNya Moga keIndahan itu akan sentiasa didalam peliharaan dan rahmatNya

Ibnurashidi said...

Salam ziarah dari bumi badawi..

Apa kabar?semoga dirahmati Allah hendaknya.

P/S : Mungkin boleh exchange link?tinggalkan URL anda diblog saya sebagai ingatan.

Unknown said...

Ash Shaff:4.

"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh".

;-)